Total Pageviews

Followers

Thursday, January 26, 2012

JANGAN IZINKAN AKU JATUH CINTA ANDAI MASANYA BELUM TIBA


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Friday, January 20, 2012

CINTAI MU HANYA DALAM DIAM

Tatkala jatuh cinta pada seseorang,
ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya.
Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.

Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya,
 cukuplah cintai ia dalam diam.

Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya.
 Kamu ingin memuliakannya,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang.
 Kamu enggan mengaibkannya,
 dengan tidak mengajaknya berdua-duaan.

Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya,
kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya,
menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.

Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang,
 cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya.
Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu,
sebaliknya kerana tulus hatimu.

Kerana diammu adalah keadilanmu.
Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.

Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia.
 Kamu tidak akan sekali-kali mencari
dan
 menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.

Kerana diammu adalah……. Kekuatannya!

Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali?
Kedua-dua mereka saling memendam perasaan
 yang mereka rasakan antara satu sama lain,
 dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.

Boleh jadi
orang yang kamu cintai itu
juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu.
 Kerana dalam diammu,
 tersimpannya kekuatan harapan,
yang menyalakan keinginanmu,
 dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu
sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.

Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar?
Sesungguhnya Allah SWT itu malu.
Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya,
lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian.

Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati,
namun jika dia memang bukan milikmu,
moga Allah SWT,
 merentasi batas-batas waktu,
 menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah,
pada orang yang tepat.

Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri
 di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung!

Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung.
 Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya.
 Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!

“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”

AMIN...

WAHAI KAUM ADAM....

~* Wahai lelaki *~
Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu,
•.
• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.
• Nasihatilah dia,
•.
• Perbetulkan kesilapannya,
•.
• Jagalah dia dgn baik,
•.
• Kasihanilah dia,
•.
• lindungilah dia,
•.
• Berilah kasih syg padanya,
•.
• Hargailah dia,
... •.
• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.
• Bersabar dengannya,
•.
• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.
• Jadi imam terbaik & redhalah padanya~*
moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu *~amiin..=))

Tuesday, January 10, 2012

PINTU HATI


Aku tak meminta kau
menyayangi ku...
Aku tak meminta kau memahami ku...
Aku tak meminta kau
mencintai ku...
Aku x meminta kau menerima ku...
Aku tak meminta kau
membuka pintu hati mu...

Aku hanya mampu berdoa padaNYA

...tapi...

Aku mengharap dan berdoa
suatu hari nanti
kau
dapat buka pintu hati mu
buatku
hanya semata-mata krn MU...
YA ALLAH SWT




hati ku....


kuat kan la hati ini... =(